Tayangan KDB & Advokasi sempena Bengkel Pemantapan Rukun Tetangga Bahagian Sarikei sesi 2
14 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada pagi 13 Mac 2020, Bengkel Pemantapan Rukun Tetangga Bahagian Sarikei siri 2/2020 telah diadakan. Bengkel ini diadakan bagi membuat taklimat tentang penggunaan borang lampiran B5, buku tunai, membuat minit mesyuarat dan kertas kerja. Selain itu, taklimat tentang penggunaan sistem e-RT juga diadakan serta latihan pengisian laporan menggunakan sistem e-RT.
Program yang berlangsung sekitar Jam 9.00 tengahari ini juga turut diselit tayangan ringkas mengenai Advokasi E-waste dan juga Klik Dengan Bijak. Bengkel ini tamat pada sekitar pukul 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: